Friday 14 November 2014

KIMPALAN GAS

PENGENALAN



Kimpalan gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang industri terutama industri fabrikasi logam terutama logam-logam yang nipis seperti membaikpulih kenderaan.


             Kimpanlan tempa telah lama digunakan iaitu mencantumkan logam dengan memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuat dikenakan ke atas kedua-duanya sehingga bercantum menjadi satu




DEFINASI
            Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu.



ALATAN-ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM KIMPALAN GAS

KELANGKAPAN OKSIASETLINE


 Silinder Gas Oksigen Dan Silinder Gas Asetilena

Pemasangan kelengkapan yang sempurna adalah sangat penting. Semua kelengkapan hendaklah dalam keadaan baik sebelum pemasangan dilakukan. Untuk mengelak kesilapan pemasangan dan penyambungan satu piawai telah ditetapkan. Contohnya semua penyambungan bagi gas asetilena mempunyai tanda (lurah) dan mempunyai bebenang kekiri, kod warna juga diguna untuk membezakannya. Kelengkapan asetilena ditetapkan dengan warna merah sementara kelengkapan oksigen diwarnakan dengan kod warna biru atau hijau. Semua penyambungan hendaknya diketatkan dengan betul untuk mengelakkan bahagian yang bocor. Ujian kebocoran boleh dilakukan dengan menggunakan air sabun dengan meletakkannya dibahgian penyambungan. Kecuaian membuat ujian kebocoran boleh menyebabkan kemalangan besar. Alat pencegah nyala balas hendaklah dipasang diantara pengatur dan hos getah. Alat ini mampu mencegah nyalaan balik ke arah silinder gas. Berikut adalah huraian peralatan kelengkapan kimpalan oksiasetilina.


 Pengatur oksigen


Hos Getah


Sumpitan Api


Alat Pencegah Nyala Balas


PROSES KIMPALAN GAS 

Kimpalan gas atau dikenali juga dengan kimpalan oksiasetilena ialah proses menghasilkan tautan bahan yang dipanaskan dengan menggunakan api atau nyalaan oksiasetilena dengan atau tanpa rod penambah. Api dari campuran gas oksigen dan gas setilena mampu meleburkan logam yang akan membentuk sambungan. 
Rajah 1 menunjukkan api oksiasetilena jenis neutral.
Rajah 2 menunjukkan bagaimana rod penambah digunakan dalam kerja kimpalan gas. 
Rajah 3 pula menunjukkan bagaimana logam melebur membentuk kawah cair. Nyalaan jenis pertengahan biasa diguna dalam banyak kerja mengimpal. 

Memilih nyalaan yang betul akan dapat meleburkan logam atau benda kerja dengan cepat dan sempurna. Rajah menunjukkan bahagian kawah cair atau logam yang lebur menggunakan nyalaan pertengahan atau neutral.

Rajah di sebelah menunjukkan bagaimana proses kimpalan berlaku. Sumpitan api digerakkan dari arah kanan ke kiri dengan kecondongan 60 darjah. Logam penambah digunakan untuk mendapat kumai yang baik, logam penambah mestilah melebur bersama benda kerja atau logam asas. Peleburan yang baik boleh menghasilkan enapan pada bahagian sambungan logam. 

Kegunaan Kimpalan Gas 

Dalam Industri Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.

Nyalaan Pengabon


Nyalaan Neutral


Nyalaan Pengoksidaan




No comments:

Post a Comment