Kimpanlan tempa telah lama digunakan iaitu mencantumkan logam dengan memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuat dikenakan ke atas kedua-duanya sehingga bercantum menjadi satu
DEFINASI
Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu.
ALATAN-ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM KIMPALAN GAS
KELANGKAPAN OKSIASETLINE
Silinder Gas Oksigen Dan Silinder
Gas Asetilena
Pemasangan kelengkapan yang sempurna adalah sangat penting.
Semua kelengkapan hendaklah dalam keadaan baik sebelum pemasangan dilakukan.
Untuk mengelak kesilapan pemasangan dan penyambungan satu piawai telah
ditetapkan. Contohnya semua penyambungan bagi gas asetilena mempunyai tanda
(lurah) dan mempunyai bebenang kekiri, kod warna juga diguna untuk
membezakannya. Kelengkapan asetilena ditetapkan dengan warna merah sementara
kelengkapan oksigen diwarnakan dengan kod warna biru atau hijau. Semua
penyambungan hendaknya diketatkan dengan betul untuk mengelakkan bahagian yang
bocor. Ujian kebocoran boleh dilakukan dengan menggunakan air sabun dengan
meletakkannya dibahgian penyambungan. Kecuaian membuat ujian kebocoran boleh
menyebabkan kemalangan besar. Alat pencegah nyala balas hendaklah dipasang
diantara pengatur dan hos getah. Alat ini mampu mencegah nyalaan balik ke arah
silinder gas. Berikut adalah huraian peralatan kelengkapan kimpalan
oksiasetilina.
Pengatur oksigen
Hos Getah
Sumpitan
Api
Alat
Pencegah Nyala Balas
PROSES
KIMPALAN GAS
Kimpalan gas atau dikenali juga dengan kimpalan
oksiasetilena ialah proses menghasilkan tautan bahan yang dipanaskan dengan
menggunakan api atau nyalaan oksiasetilena dengan atau tanpa rod penambah. Api
dari campuran gas oksigen dan gas setilena mampu meleburkan logam yang akan
membentuk sambungan.
Rajah 1 menunjukkan api oksiasetilena jenis neutral.
Rajah
2 menunjukkan bagaimana rod penambah digunakan dalam kerja kimpalan gas.
Rajah
3 pula menunjukkan bagaimana logam melebur membentuk kawah cair. Nyalaan jenis
pertengahan biasa diguna dalam banyak kerja mengimpal.
Memilih nyalaan yang
betul akan dapat meleburkan logam atau benda kerja dengan cepat dan sempurna.
Rajah menunjukkan bahagian kawah cair atau logam yang lebur menggunakan nyalaan
pertengahan atau neutral.
Rajah di sebelah menunjukkan bagaimana proses kimpalan
berlaku. Sumpitan api digerakkan dari arah kanan ke kiri dengan kecondongan 60
darjah. Logam penambah digunakan untuk mendapat kumai yang baik, logam penambah
mestilah melebur bersama benda kerja atau logam asas. Peleburan yang baik boleh
menghasilkan enapan pada bahagian sambungan logam.
Kegunaan
Kimpalan Gas
Dalam Industri Dalam bidang perindustrian kimpalan gas
banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam
yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam
kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk
mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.
Nyalaan
Pengabon
Nyalaan
Neutral
Nyalaan
Pengoksidaan